Siapa sangka dengan menulis sahaja kita sudah boleh menjadikanya sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan sama ada secara fulltime atau pun secara part time.
Apa yang lebih menarik, dengan hanya menulis kita juga boleh menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja sebagai seorang penulis freelancer. Justeru itu, tidak hairanlah semakin hari semakin ramai orang mahu menerokai dunia penulisan ini sama ada secara fulltime ataupun secara freelancer dan sudah ramai yang sudah menjadi seorang penulis yang berjaya.
Tak dinafikan ada juga yang berjaya mencipta nama mereka sendiri sehingga berjaya mengeluarkan buku dan bermacam lagi karya penulisan yang mendapat permintaan yang tinggi.
Ada Beberapa Sebab Kenapa Anda Perlu Jadi Penulis Sama Seperti Yang Lain
Sebab apa jadi penulis?? Ramai yang tertanya-tanya kenapa ramai yang gemar jadi penulis pada waktu sekarang ini? Ya persoalan sebegini pasti akan bermain di permikiran kebanyakkan dari kita terutama sekali mereka yang baru sahaja hendak menceburi bidang penulisan ini. Mana tidaknya, semakin hari boleh dikatakan semakin ramai penulis-penulis baru mula wujud di negara kita.
Tapii sebab apa ramai yang memilih nak jadi penulis pada waktu sekarang? Jom kami kongsikan jawapanya:
Dapat Menjana Pendapatan
Jangan terkejut kalau saya katakan pada waktu sekarang ni dengan hanya menulis sahaja anda sudah boleh menjana pendapatan. Malah, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan walaupun hanya menulis dari rumah sahaja. Kalau anda nak tahu, bidang penulisan merupakan antara pekerjaan yang sedang hangat di pasaran.
Bagi yang menjadi freelance writer pula, tidak dinafikan pada waktu ini kebanyakkan dari mereka sedang mendapat yang tinggi dari pihak klien. Walaupun ada yang hanya bergerak secara freelance dari rumah, tetapi ia menjadikan sebagai salah satu income yang lumayan. Ada juga suri rumah yang yang memilih untuk menjadi seorang penulis bagi membantu keluarga dan suami mereka bagi meringankan beban kos perbelanjaan yang tinggi.
Dapat Asah Bakat Menulis
Mungkin ada antara kita yang sebelum ini hanya sekadar menulis di media sosial atau hanya sekadar menulis di buku sahaja untuk tujuan sekadar suka-suka sahaja. Apa kata kali ini, gunakan ia untuk asah bakat dan skill menulis anda ke tahap yang lebih tinggi
Ada juga mereka yang menjadi penulis sekarang bermula dari hanya sekadar menulis suka-suka di media sosial atau di diari mereka tetapi lama kelamaan mereka memilih untuk pergi lebih jauh dengan menjadi seorang penulis sehingga berjaya menjana pendapatan dan ada yang telah berjaya menerbitkan buku mereka sendiri.
Dapat Membantu Orang Lain
Dalam pada menjana pendapatan sebagai seorang penulis, kita juga sebenarnya membantu dalam memudahkan orang lain. Sebagai contoh, pemilik perniagaan biasanya terlalu sibuk dalam menguruskan perniagaan mereka sudah tentulah mereka tidak mempunyai masa untuk membuat konten bagi tujuan marketing.
Jadi disinilah kita dapat menawarkan perkhidmatan kita dengan menjadi penulis bagi menyediakan konten untuk tujuan marketing produk mereka. Bukan itu sahaja, pemilik perniagaan pun akan hire penulis freelance bagi membantu memudahkan lagi kerja mereka.
Dapat Belajar Benda Baru
Dalam pada masa yang sama, dengan menulis ini kita sebenarnya dapat belajar benayak benda baru dan dapat explore bermacam jenis niche yang mungkin sebelum ni kita jarang dengar. Bila dapat belajar bermacam benda baru, secara tidak langsung kita dapat pengalaman yang baru yang sekali gus dapat digunakan untuk mengembangkan dan memantapkan lagi penulisan kita
Bukan itu sahaja, bila dah ada pengalaman dalam pelbagai niche dan sebagainya, kita juga akan menjadi pilihan para pospek yang hendak menggunakan perkhidmatan penulisan kita.
_______________________________________________________________________
Sebelum ni ramai yang tanya macam mana nak ada skill macam saya ni?? Ada yang cari kelas-kelas skill macam ni tapi tak tahu dekat mana. Haa apa kata join kelas fizikal yang akan diadakan oleh saya dan rakan-rakan yang lain.
- Translation & Linguistic
- Wordpress Website Development
- Kick off data analyst
- Copywriting
- Design








No comments:
Post a Comment